Kenapa Yayasan ?

Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) ditubuhkan adalah untuk membela nasib anak-anak yatim piatu yang miskin serta tiada penjagaan yang sempurna, tanpa mengira darjah pencapaian akademik. Anak-anak ini ditanggung keseluruhannya sehingga mereka boleh berdikari.

Objektif Kami

  • Berusaha mendapatkan bantuan derma dari mereka-mereka yang perihatin dan berniat suci untuk membantu anak-anak yatim;
  • Memberi bantuan kewangan kepada badan-badan kebajikan anak-anak yatim dan keluarga anak-anak yatim;
  • Mengadakan program-program pendidikan, pembangunan minda dan bimbingan agama kepada anak-anak yatim;